Monday, March 26, 2007

ADA MACAM TAKDER, TAKDER LAGI BAIK!

Anda seringkali mendengar, membaca atau bersembang mengenai pemimpin yang berkesan, pemimpin yang efektif, pemimpin yang berpengaruh dan bla bla bla. Pernahkah pula anda mendengar kata-kata orang, "Lebih baik dia takder daripada wujud dan menyusahkan orang!" Ertinya, orang lebih rela anda 'blah' daripada wujud di tengah-tengah mereka.

Dalam erti kata lain, antara ciri pemimpin hebat ialah 'Kehadirannya dirasai dan pemergiannya juga dirasai.' Maksudnya, kehadiran anda membawa 1001 perubahan positif dan ketiadaan anda bukan sahaja dirindui, malah jasa anda dikenang kerana 'legacy' yang ditinggalkan membawa 1001 manfaat abadi kepada organisasi.

Langkah terawal untuk untuk menjadi seorang pemimpin yang dicitakan ialah dengan mengambara ke dalam masa depan. Di mana anda mahu memimpin sebagai seorang pemimpin? Anda sewajarnya melihat kepada masa depan dan membuat pilihan serta keputusan.

Kuasa Imaginasi

Bagaimana untuk melihat masa depan? Bayangkan anda seorang pemimpin sesebuah organisasi tertentu yang bakal mengucapkan selamat tinggal untuk meninggalkan kumpulan yang dipimpin setelah 10 tahun. Apakah kata-kata yang anda harapkan dan bingkisan daripada mereka?

"Dia hebat, tetapi dia tidak pernah mencapai apa yang beliau sepatutnya mampu."

"Dia telah melakukannya dengan baik, namun masih ada yang saya percaya dia mampu lakukan dengan lebih baik."

"Dia pernah membicarakan tentang impiannya dan kemudian menjadi sibuk dengan itu dan ini sehingga saya tidak pasti apa sebenarnya yang diimpikan olehnya. Mungkin dia bisa mencapainya di dalam kumpulannya mendatang."

"Saya menyukainya namun saya tidak merasakan bahawa saya mengenalinya."


Anda telah mengakhiri sesi kepimpinan di dalam organisasi anda, tidak dapat mendengar apa jua perkataan yang menggambarkan diri anda sebagai seorang pemimpin hebat dan ia sebenarnya menghampakan. Anda pasti lebih gemar untuk mendengar bingkisan kata-kata seperti berikut;

"Dia telah memberi peluang kepada saya untuk memahami ideanya dan mengetahui peranan mengikut cara saya tanpa kongkongan tetapi terpandu."

"Dia telah menjadi inspirasi kepada saya untuk mempercayai bahawa saya mampu lebih dari apa yang saya sedari dan memberikan keyakinan untuk melakukannya."

"Idea-ideanya yang punyai inspirasi dan keyakinan serta pada hasilnya adalah apa yang hendak dicapai merupakan pendorong kepada kami untuk berada di belakangnya."

"Perubahan dan idea-idea yang baru tidak pernah lekang dari pemikirannya... dia sentiasa mempunyai gambaran jelas terhadap apa yang ingin dicapainya."

"Dia memang hebat!"


Albert Einstein pernah berkata, "Imaginasi adalah lebih penting diutamakan berbanding ilmu." Tidak salah untuk berimaginasi. Seseorang boleh menggunakan kemampuannya untuk berimaginasi atau mengandaikan situasi masa depan sebelum kita melibatkan orang lain dan diri kita kepada sesuatu. Anda akan dapati ramai ahli-ahli sukan hebat dari seluruh dunia yang telah menggunakan pemikiran masa depan dan visualisasi terhadap apa yang mereka mahukan untuk dicapai sebagai kelengkapan asas untuk bersedia.

Oleh itu, tidak salah untuk anda berimaginasi kerana hanya dengan imaginasi maka anda dapat melihat ke mana dan di mana anda berada pada masa akan datang. Bila arah tuju 'ke mana' anda sudah jelas, jangan berlengah lagi. Terus mara dan terus mara ke hadapan. Jangab berhenti dan berputus asas sehingga anda mencapainya. Di sinilah langkah pertama anda bermula membina legasi bagi organisasi anda.

Jika anda berjaya melakukannya, tahniah, anda sudah memiliki salah satu daripada ciri terpenting kualiti seorang pemimpin hebat!

No comments: