Thursday, April 19, 2007

BOOOM!!!

MENGAPA ANDA MESTI MEMILIKI BUKU INI?


Setiap hari, setiap masa dan setiap detik, anda pasti akan bergaul dengan orang lain tidak kira siapa mereka. Keadaan ini berlaku dalam kerjaya anda samada di dalam syarikat perniagaan mahupun dalam organisasi persatuan. Dalam keadaan tersebut, anda mesti menonjol dari orang lain, menjadi lebih hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan serta impak kepada orang lain khasnya organisasi anda.

'Peralatan' yang paling sesuai di sini ialah 'Kepemimpinan'. Dengan kuasa 'memimpin', anda boleh bangkit dan menonjol di tengah kehebatan orang ramai, dengan kuasa 'memimpin' juga anda dapat membantu orang lain sekaligus menghasilkan kepuasan hidup yang maksima.

Mungkin selama ini, perkara yang menghantui hidup anda ialah anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda tidak tahu bagaimana untuk membina daya memimpin, anda kekosongan idea untuk membina kualiti diri seorang pemimpin. Atau anda berpengalaman sebagai pemimpin, tetapi anda tidak berpuas hati dengan prestasi anda.

Buku ini mungkin boleh menjadi jawapan dan menghalau 'hantu-hantu' dalam diri anda. Buku ini memberi panduan dan asas kepada anda untuk meningkatkan kualiti memimpin pada diri anda. Malah, buku ini membantu anda dalam segala aspek dalam gaya berbeza dan moden iaitu memahami erti 'kepemimpinan', bagaimana memimpin orang lain, pemimpin yang hebat mengurus dan juga cara untuk mengatasi masalah anda ditenggelami masa. Ditambah pula dengan fakta-fakta santai sebagai rujukan untuk anda menaik tarafkan lagi kualiti daya memimpin anda.


Begitu juga mesyuarat, salah satu aktiviti rutin yang sentiasa berulang-ulang berlaku dalam kerjaya anda ialah mesyuarat. Malah, tidak mustahil jika saya katakan bahawa anda akan berasa ganjil jika dalam sehari atau seminggu anda tidak bermsyuarat. Anda berasa ganjil, janggal dan kurang selesa. Mengapa? Kerana mesyuarat sudah menjadi sebahagian dari agenda penting dalam hidup anda.

Tetapi di kala itu, pernahkah anda berhadapan dengan keadaan bahawa anda sudah muak bermesyuarat? Anda sudah bosan bermesyuarat kerana anda berasa rugi, rugi dan rugi. Rugi kerana membuang masa, membuang duit dan mengerah tenaga dan fikiran dengan sia-sia. Jika ini berlaku atau terlintas walaupu sekali dalam kerjaya anda, ertinya anda mempunyai masalah yang besar. Masalah besar itu ialah ada kemungkinan samada diri anda atau organisasi anda menyalahgunakan mesyuarat.

Sudah tiba masanya anda menghentikan semua itu. Jadikan mesyuarat sebagai sesuatu yang perlu hanya pada masa dan keadaan tertentu sahaja. Jadikan mesyuarat anda tidak lagi meleret-leret, memaksimakan setiap saat dan tidak berlaku terlalu kerap. Malah setiap mesyuarat bakal menghasilkan sesuatu yang produktif dan efektif.


Justeru, percayalah jika anda membuat keputusan memiliki buku ini, sesungguhnya anda telah melakukan satu perkara yang hebat dalam hidup anda. Permulaan yang hebat menjanjikan hasil yang hebat!

Buku ini bakal dilancarkan dalam Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bermula 29 April ini. Dapatkan yang original!