Spiderman kembali
Saya merupakan salah seorang peminat setiap superhero komik-komik Marvel. Antara superhero yang paling saya minati ialah Spiderman. Watak yang diinspirasikan oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini mempunyai kuasa luarbiasa kerana digigit oleh labah-labah radio aktif dari sebuah makmal sains.
Dalam Spiderman 3 yang bakal ditayangkan pada Mei ini, Spiderman bakal berhadapan dengan 3 musuh iaitu;
1. Green Goblin baru
2. Sandman dan
3. DIRINYA SENDIRI... Venom!
Venom terhasil dari sisi gelap Peter Paker (Spiderman). Ia muncul dan menjadikan uniform Spiderman bertukar menjadi hitam dan memberikan kuasa lebih luar biasa berbanding sebelumnya. Peter Parker kemudian semakin tenggelam dengan sisi gelapnya menyebabkan dia brubah dan menjadi semakin 'kejam'. Peter terpaksa melawan dirinya sendiri dan akhirnya berjaya menanggalkan pakaian hitam Spiderman yang semakin melekat dan sebati di tubuhnya. Pakaian yang terbuang itu kemudian menjadi Venom.
Anda juga mempunyai musuh
Tatkala anda berusaha bermati-matian untuk membina diri, memajukan diri, menjadi orang yang lebih baik... anda pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan itu merupakan musuh anda untuk berubah. Anda boleh menamakan apa jua 'musuh' anda. Jika anda terlewat ke pejabat maka musuh anda adalah trafik jam, jika anda hendak siapkan assignment maka musuh anda adalah komputer rosak, jika anda hendak cemerlang dalam pelajaran maka musuh anda ialah subjek boring, jika anda hendak study maka musuh anda ialah rancangan tv best-best.
Kesemua itu adalah musuh-musuh luaran sepertimana musuh Spiderman iaitu Goblin dan Sandman. Tetapi ada satu lagi musuh yang merupakan musuh utama anda ialah; DIRI ANDA SENDIRI!
Anda boleh mengatasi trafik jam jika sikap anda tidak melengahkan masa dan bertolak awal. Walau komputer rosak, anda boleh pinjam komputer orang lain jika anda menyiapkan awal. Anda menganggap subjek pelajaran boring kerana anda tidak mempunyai 'rasa ingin tahu' dalam pelajaran dan berkobar-kobar menempuh jalan untuk mencapai matlamat. Anda tidak akan hanyut dengan rancangan tv jika anda sendiri tidak memilih untuk leka dengan tv. Semuanya bermula dari DIRI ANDA SENDIRI!
Sebab itulah, jika anda berjaya menguasai diri anda, anda mampu menguasai segalanya. Take control of yourself, your life and keep on sharpen the saw!
Monday, April 9, 2007
SIAPA MUSUH UTAMA ANDA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment