Tuesday, January 23, 2007

MEMBINA KONSENTRASI

Membina Konsentrasi Dan Fokus Pasukan

Mungkinkah anda peminat David Beckham, Ryan Giggs dan Zinedine Zidane? Mungkinkah anda ada pendorong lain sehingga anda bergelar 'kapten pasukan'? Buku ini ada jawapannya.

Mungkin anda adalah peminat David Beckham, Ryan Giggs dan Zinedine Zidane. Ataupun tidak kira siapa jua jaguh sukan yang menjadi impian anda. Ataupun mungkin anda ada pendorong yang lain, sehingga kini anda bergelar 'kapten pasukan'. Sekiranya belum menjadi kapten, mungkin anda teringin memegang 'gelaran' itu, kerana itulah impian anda!

Salah satu daripada tugas kapten ialah membina konsentrasi dan fokus pasukan. Tanpa 2 perkara ini, pasukan anda akan hilang arah dan mustahil untuk mencipta kemenangan. Berikut adalah antara tips membina konsentrasi dan fokus pasukan. Check it out!.



1. Fahami urusan anda. Anda harus membezakan di antara 'core-business' dan 'non-business'. Maksudnya, anda harus memahami dan memahankan ahli pasukan anda Apakah tugasan utama pasukan anda. Jika pasukan ada adalah sebuah pasukan bola, maka 'core-business' ada;ah apa jua yang berkaitan dengan dunia bola sepak. Jangan sesekali leka dengan perkara yang bukan urusan anda kerana kahirnya anda akan tersimpang dari destinasi yang ingin dituju.

2. Tetapkan sasaran. Anda mestilah mempunyai halatuju atau matlamat yang ingin dicapai. Menjadi sebuah pasukan yang baik bukan sekadar ingin menang, malah kerjasama yang erat, budaya kerja yang positif, komunikasi yang jelas dan kesefahaman yang mendalam juga penting di dalam sasaran anda. Tetapkan dan cuba pastikan seluruh ahli kumpulan memahaminya untuk dicapai bersama.

3. Tetapkan Jangkawaktu. Biasanya di dalam suatu acara, akan terdapat tarikh-tarikh khusus perlawanan. Oleh itu, konsentrasi dapat dibina sekiranya anda tahu berapa lama yang anda perlu dan ada untuk persiapan sebelum perlawanan. Dengan itu, fokus anda tidak akan tersimpang dan pasukan anda akan bersedia sebaik sahaja perlawanan tiba.

4. Kenali kekuatan. Anda harus mengenali dan mengetahui Apakah kekuatan anda. Adakah pada individu? Atau pada semangat juang? Atau pada kekuatan kewangan? Kelab seperti Real Madrid mempunyai kekuatan kewangan kerana mereka adalah kelab terkaya dunia malah mempunyai pemain di kalangan bintang dunia. Dengan memahami kekuatan ini, Luxemburgo dapat memberi konsentrasi dan fokus di dalam usaha mencapai matlamat pasukan. Manfaatkan dan pada masa yang sama tingkat kualitinya.

5. Kenali kelemahan. Sekadar memahami kekuatan adalah tidak memadai. Anda harus juga memahami kelemahan pasukan anda. Tujuannya adalah 2 iaitu mebngatasinya dan sekirany anda tidak dapat berbuat demikian, bagaimana agar ia tidak dihidu oleh pihak lawan.

6. Siapa seteru, musuh atau saingan anda? Konsentrasi dan fokus tidak akan dapai dicapai sekiranya anda tidak mengenali siapa musuh-musuh atau saingan anda. Ibarat kata Tsun Zoo seorang pahlawan Cina, maklumat terbaik ialah memahami strategi lawan. Ertinya, dengan mengenali saingan anda, anda tidak akan membuang masa berlatih untuk mengatasi sesuatu yang tidak wujud.


7. Kenali, selami dan fahami ahli bawahan anda. Sebagai ketua pasukan, anda mestilah berusaha untuk cuba menyelami ahli-ahli bawahan anda. Dengan sedemikian, anda akan lebih menguasai pasukan anda kerana anda tahu Apakah yang terbaik dan terburuk untuk pasukan anda. Jangan sombong ataupun bongkak.

8.Wujudkan suasana yang 'happening'. Wujudkan suasana yang menyemaikan semangat berpasukan. Sentiasa ingatkan ahli pasukan pada matlamat dan halatuju pasukan. Pupukkan kerjasama dan saling bantu-membantu. Sentiasa berusaha untuk meningkat mutu persembahan dan prestasi.

9. Pastikan 'stering' menuju ke destinasi. Sebuah kereta yang steringnya tidak betul akan menyebabkan anda terbabas dan akibatnya gagal ke destinasi. Oleh itu, anda dan ahli pasukan mestilah sentiasa ingat-memperingati agar tidak tersimpang di dalam apa jua urusan pasukan. Ingat, masalah besar akan melanda jika tiba-tiba anda asyik dengan sesuatu yang tidak berkait langsung dengan matlamat pasukan.

No comments: