Mengapa penulis buku di Malaysia tidak berjaya mencapai tahap 'bestseller' sepertimana di As atau di negara-negara Eropah? Adakah kerana konsep buku yang tidak menarik, tajuk membosankan, gaya penulisan gagal memikat pembaca atau budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia yang masih lemah? Apakata kita sama-sama mencari rahsia buku terlaris dunia.
Buku terlaris atau bestseller selalunya menarik. Tentu saja kerana ianya laris terjual. Laris ertinya banyak dibaca dan diminati masyarakat. Akan tetapi apakah bestseller di Malaysia sama dengan bestseller di luar negeri, misalnya, di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Mungkin tidak, sebab setiap kali sebuah buku di luar negeri disebut bestseller, biasanya bererti terjual ratusan ribu naskhah malah jutaan. Sebut saja misalnya, buku-buku siri Harry Potter oleh J.K. Rowling, ataupun karya-karya Dan Brown, John Grisham, Stephen King yang mampu terjual ratusan ribu naskhah dalam sehari.
Di Malaysia, rasanya tidak ada buku yang terjual sampai ratusan ribu naskhah. ‘Standard’ atau ukuran buku terlaris Malaysia apabila ianya terjual lebih dari lima ribu naskhah. Tetapi ada penerbit mendakwa bukunya menjadi bestseller bila diulang cetak beberapa kali. Ada pula yang mengatakan buku terbitannya menjadi bestseller kerana terjual habis dalam enam bulan atau satu tahun, tidak peduli cetakan pertamanya dua ribu atau tiga ribu naskhah.
Ada juga buku yang tidak 'meletup gila-gila' di pasaran, tetapi terus bergerak di pasaran sehingga berbelas-belas tahun lalu mencatatkan jumlah keseluruhan yang cukup banyak.
Berbeza dengan bestseller Malaysia, bestseller Amerika atau Eropah, umumnya kemudian menjadi bestseller dunia. Ertinya beredar di pasaran puluhan negara di dunia. Baik dalam bahasa aslinya (rata-ratanya berbahasa Inggeris) mahupun setelah diterjemahkan. Contoh terbaik ialah buku-buku Harry Potter yang bukan saja bestseller dunia dalam bahasa aslinya tetapi juga dalam bahasa terjemahannya, misalnya, dalam bahasa Jepun, Indonesia, Sepanyol.
Oleh itu dapat bayangkan berapa 'jutanya' bayaran royalti J.K. Rowling. Sebelum Harry Potter, ada contoh terdahulu yang lebih klasik, misalnya, Gone With The Wind karya Margaret Mitchell. Begitu tersohornya buku tersebut sehinggakan difilemkan, ia nya tetap laku dan filemnya masih ditonton sampai sekarang walaupun ia nya telah berlalu selama 60 tahun lebih.
Bestseller lain yang agaknya akan tetap 'abadi', adalah Guinness Book of World Records (sering hanya disebut Guinness Book Record). Meskipun kedua-dua pengarang kembarnya, Norris dan Ross McWhirter telah meninggal dunia, buku tersebut masih terus diterbitkan kerana pemecahan rekod hampir selalu terjadi setiap tahun dalam banyak bidang yang disebut dalam buku tersebut. Tentu saja edisi baru tersebut dikerjakan oleh ‘penerusnya’ atau editor yang berkesinambungan.
Namun nama tersohor dari bestseller adalah James Bond. Ian Fleming yang menulis novel-novel bersiri James Bond telah lama meninggal dunia pada 12 Ogos 1964. Novel ‘James Bond-nya’ tidak sampai lima belas buah, tetapi filem tentang ‘James Bond’ sudah pun sampai ke siri yang kedua puluh satu. Dan ternyata tetap laris. Ini bermaksud cerita baru tentang James Bond (dalam filem tersebut) bukan lagi ciptaan atau karya Ian Fleming tetapi ditulis olah orang lain yang diarahkan oleh produser filem.
Mereka hanya memanfaatkan “kesegaran” nama James Bond dan ini bererti bestseller James Bond sudah diganti menjadi box office James Bond. Ia nya tetap laris, tetapi hanya dalam filem. Bukunya “berhenti” bersama dengan kematian Ian Fleming.
Apakah ada formula khusus untuk mencipta sebuah buku bestseller atau terlaris? Pertanyaan seperti ini pernah muncul pada tahun 1940-an, dan dilontarkan oleh Frank Luther Mott dalam Golden Multitudes. Is there a bestseller formula? Tanya Frank. Dan dia menjawabnya sendiri: “there is no formula which may be depended upon to produce a bestseller”. Maknanya tiada formula khusus untuk menghasilkan sebuah bestseller.
Namun, ia tetap memerlukan elemen elemen menarik dalam bestseller iaitu suspen, sensasi, humor, misteri dan sebagainya. Akan tetapi meskipun elemen-elemen untuk bestseller diketahui, ia tidak dengan sendirinya bererti mampu menghasilkan bestseller. “Tetap tidak mudah menghasilkan bestseller, kata Frank Mott lagi.
Kerana lahir tidaknya bestseller, bergantung juga pada keadaan, waktu ‘tepat’ atau tidak, cara promosi dan penjualannya, kekreatifan strategi pemasaran, dan sebagainya. Atau, ada juga unsur-unsur “nasib baik”.
Ada contoh menarik di sini. Pada tahun 1926, Paul De Kruif menulis buku Microbe Hunters dan di luar dugaannya, buku itu langsung menjadi bestseller. Tahun itu juga diulang cetak sebanyak lapan kali. Tahun-tahun berikut turut diulang cetak: 1927 (3 kali), 1928 (4 kali), 1929 (2 kali), 1930 (7 kali), 1931 (5 kali), 1932 (5 kali). Tahun selanjutnya ada yang dicetak sekali, ada yang tiga kali. Pada 1940, buku itu diulang cetak enam kali. Pukul rata, selama 14 tahun buku itu diulang cetak sebanyak 35 kali.
Sumber: PTS.com.my

1 comment:
I THINK GOOD! BUT I WANT TO ASK SOME QUESTIONS...PAGE 19 IN THE COLUMN OF PENCUCI MULUT SAID ELAKKAN DARIPADA MENJADI SEORANG YANG HIPOKRIT TAPI KALAU KITA TAK HIPOKRIT KITA AKAN KEHILANGAN KAWAN...HMM,SO WHAT IS THE ANSWER????????
Post a Comment