Tuesday, January 23, 2007

SELAMAT TAHUN BARU DAN 'AZAM'

Tahun baru sudah muncul. Bulan April mendatang bererti usia saya sudah mencecah 26 tahun. Hmm... dalam setahun melebihi suku dekad nampaknya...

Bila bercakap tentang tahun baru, seringkali dikaitkan dengan 'AZAM'. Maka ramailah yang bertanya, "Apa azam tahun baru anda?" Menjelang akhir tahun, soalan baru dula diajukan, "Apakah sudah tercapai azam tahun baru ada?" Tatkala itu, akan disedari betapa AZAM itu hanya tinggal kenangan, tidak ada apa-apa achievement apatah lagi memenuhi tuntutan AZAM. Saya tertanya-tanya.... MENGAPA?

Saya pernah terfikir, mengapa Stephen Covey terfikir untuk menulis buku tentang '7 Habits of Most Highly Effective People, Dr. 'Aidh al-Qarni menulis tentang Laa Tahzaan (Jangan bersedih), John C. Maxwell menulis tentang 'The 21 Irrefutable Laws of Leadership', Dale Carnegie menulis tentang 'How to Win Friends and Influence People' atau Robert T. Kiyosaki mengenai 'Rich Dad Poor Dad'?

Tulisan Covey adalah mengenai bagaimana 'sikap' untuk menjadi manusia berguna, Dr. 'Aidh menerangkan 'sikap' manusia yang tidak risau tetapi optimis memburu kejayaan, Maxwell pula menjelaskan 'sikap' kualiti dan prinsip yang membentuk seorang pemimpin hebat, Carnegie menulis tentang 'sikap' yang boleh meramaikan kawan dan berupaya mempengaruhi orang tanpa memaksa-maksa dan Kiyosaki menghuraikan 'sikap' yang menjadi seseorang itu layak menjadi jutawan...

Baru saya sedar... rupanya AZAM hanya akan menjadi retorik jika tidak diisi dengan 'sikap' yang melayakkan kita memnuhi tuntutan azam. Dalam erti kata lain, mengapa seringkali kelihatan atau kedengar kegagalan memenuhi azam tahun baru? Jawapan ialah masalah 'SIKAP'! Keinginan kita untuk mengisi kehidupan dengan sikap negatif berbanding positif, sikap kita yang sering beralasan untuk berubah, sikap kita yang enggan mempelajari kesilapan sebaliknya sering munuding jari pada orang lain tatkala menghadapi kegagalan.

Inilah kuasa 'SIKAP'. Selamat tahun baru semua...

No comments: