Monday, January 29, 2007

APA SAYA BELAJAR DARI BUKU INI

Adakalanya seseorang itu mampu memimpin mereka yang sebaya tetapi gagal berinteraksi dengan kumpulan yang lebih tua atau senior darinya. Adakalanya juga seseorang itu hebat memimpin golongan bawahan, tetapi tidak dapat mengarah mereka yang sebaya apatah lagi yang lebih atas dan senior. Ada juga hebat memimpin tetapi 'buat perangai' bila dipimpin.

Buku '360 Degree Leader' oleh John C. Maxwell mengupas isu di ayas. Matlamat buku ini ialah membantu para pembanca untuk menjadi pemimpin yang mampu memimpin 'ke atas', 'mendatar' dan 'ke bawah'.

Buku ini juga cuba mengatasi teori salah yang menjadi dongeng di dalam dunia kepemimpinan. Pada bab awal buku tersebut, substance utamanya ialah menempelak sayu kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin.

Dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, selepas kewafatan baginda berlaku 2 majlis yang amat-amat penting. Majlis pertama ialah pengkebumian nabi yang dihadiri majoriti oleh sabahat-sahabat dari kalangan Muhajirin (Muslim yang berhijrah dari Mekah ke Madinah). Majlis kedua ialah mesyuarat tergempar di Dewan Bani Sa'idah membincangkan siapakah bakal pengganti nabi untuk menyambung tugas urusan ummah yang dihadiri oleh para Ansar (penduduk asal Madinah yang menerima dan membantu para Muhajirin). Kedua-dua majlis itu berlaku serentak.

Tatkala para sahabat di majlis pengkebumian nabi menyedari akan majlis di Dewan Bani Sa'idah, maka mereka dengan segera lantas bergegas ke dewan tersebut sekaligus meninggakan Aisyah menguruskan jenazah nabi untuk tujuan pengkebumian. Diringkas cerita, setibanya mereka di mesyuarat yang dianjurkan oleh para Ansar, setelah perbincagan dan perdebatan maka diangkat Saidina Abu Bakar sebagai pengganti nabi seterus bertindak sebagai Khalifah ummah.

Saya sengaja menceritakan kisah di atas sebagai menjelaskan betapa isu kepemimpinan amat-amat dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai Muslim, kita tidak boleh 'main-main' samada bila memilih pemimpin mahupun bila dipilih menjadi pemimpin. Justeru, tidak salah untuk kita semua meningkatkan kualiti kepemimpinan yang kita ada demi kepentingan ummah dan kesejahteraan dunia. Tidak salah juga kita memetik manfaat dari buku-buku Barat selagimana ia tidak menggugat kepercayaan kita pada Allah dan Rasul-Nya.

Pada pandangan saya, antara punca 'kelembapan' umat Islam ialah kerana sikap 'tunggu dan lihat' siapa yang akan muncul di tengah-tengah kerakusan dunia memijak-mijak maruah Islam. Tidak ada atau terlalu susah untuk ada yang berani tampil, step up dan menjadi pemimpin hebat umat Islam di seluruh dunia. Tidak kira Muslim mazhab apa, fahaman politik apa, aliran pemikiran apa... mereka semua yakin dan percaya dengan kewibawaan pemimpin itu serta sanggup memberikan ketastan kepadanya. Oleh itu, jom kita budayakan tebiat membina kualiti kepemimpinan. Antaranya dengan membaca buku-buku kepemimpinan tidak kira samada dari Barat mahupun tempatan.

P.S: PTS Publication juga telah banyak menerbitkan buku-buku kemahiran memimpin. Nantikan juga buku saya mengenai kemahiran memimpin yang bakal dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa pada April 2007!

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik