Abid telah berpeluang bertemu ramai pemimpin-pemimpin hebat parti politik samada dari PKR, PAS, UMNO, DAP, ABIM, JIM sehinnggalah pada pemimpin kampus dan jua jalanan. Abid menghormati dan menyanjungi kesemua mereka kerana setiap dari mereka mempunyai keistimewaan dan kehebatan masing-masing.
Namun, terdapat 1 perkara yang menjadi antara perkara utama membezakan anatara mereka dan jika kekeurangan perkara ini, tidak mustahil seseorang itu akan jauh dari kejayaan. Itulah yang Abid maksudkan dengan DISIPLIN!
Bagaimana untuk membina diri anda yang berdisiplin? Abid memetik tulisan dari Abid Abdullah yang bakal diterbitkan (RK Pemimpin Wibawa) dan juga sedikit dari John C. Maxwell (21 Qualities of Leadership). Mungkin tips di bawah boleh menbantu anda.
1. Mengapa anda hidup adalah satu persoalan yang amat penting untuk anda jawab kerana ia akan meleraikan kekaburan dan menyedari bahawa hidup hanya sementara. Malah hidup ini akan berterabur, tidak tersusun dan huru-hara tanpa disiplin.
2. Tentukan keutamaan anda Sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu hanya ketika dalam dan rasa selesa tidak akan berjaya. Malah orang tidak akan mengikuti dan menghornatinya. Oleh itu, untuk melakukan suatu tugas yang penting, 2 perkara adalah perlu iaitu pertama; perancangan dan kedua; masa ‘yang sempit’. Sebagai pemimpin, sudah pasti anda mempunyai masa ‘yang sempit’, tinggal lagi anda memerlukan perancangan. Jika anda dapat memastikan apakah yang bebar-benar utama dan bebaskan diri dari yang lain. Lebih mudah dengan hanya melakukan yang penting. Itulah perkara utama disiplin diri.
3. Bina dan turuti keutamaan Setelah anda berjaya mengenalpasti dan menyusun keutamaan anda, bangunkannya dengan menyedari betapa pentingnya ia dilaksanakan segera. Dan jangan lupa, apabila anda sudah menyedarinya, ia tidak berguna jika anda tidak menurutinya.
4. Jadikan disiplin sebagai cara hidup kerana disiplin bukanlah suatu yang boleh dijadikan part time. Jadikan ia sebagai tebiat dan anda tidak dapat meneruskan hidup tanpa disiplin. Percayalah, sedikit demi sedikit anda akan meningkatkan disiplin diri.
5. Senaraikan sebab dan tujuan Ambil sedikit masa untuk menyenaraikan sebab-sebab anda mesti berjaya. Senaraikan juga kemungkinan-kemungkinan ‘alasan’ yang akan anda fikirkan. Setelah anda selesai, focus kepada sebab anda mesti berjaya. Bagaimana pula dengan senarai alasan?
6. Cabar alasan anda Untuk meningkatkan disiplin sebagai cara hidup, salah satu tindakan utama anda ialah anda mesti mencabar dan mengenepikan sebarang niat untuk mencari alas an. Jika anda mempunyai beberapa niat beralasan untuk tidak berdisiplin, anda akan mempunyai 1001 alasan untuk tidak berdisiplin. Oleh itu, cabar alasan seperti, “Mengapa aku mesti membuang masa?" "Nak berjaya ke nak gagal? “Apasal aku hisap rokok? " "Nak mampus ke?”
7. Jika anda melakukan sesuatu kejayaan, ganjarkan diri anda. Tetapi ingat, jangan buat demikian sehingga apa yang ngin anda lakukan benar-benar selesai. Ia akan mendorong anda untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Jika anda gagal, hukum diri anda dengan tidak mengganjarkan sebarang ganjaran.
8. Sepertimana yang pernah disebutkan oleh Stephen Covey di dalam bukunya Principle Centred Leadership, begin from the end of mind ertinya melakukan sesuatu dengan memandang jauh pada apakah matlamat akhir yang ingin anda capai. Oleh itu, sentiasa pandang pada kejayaan yang anda impikan dan sebarang tindakan yang tidak berdisiplin hanya akan memperlahankan malah menggagalkan proses kejayaan anda.
9. Memimpin dengan teladan Ingatlah bahawa anda akan diragui, tidak dipercayai dan tidak diikuti jika anda gagal memperoleh keyakinan pengikut anda. Oleh itu, jadilah contoh yang terbaik kepada mereka di sekeliling anda. Di sinilah kunci disiplin yang menghasilkan kepimpinan melalui teladan.
Disiplin bukan hanya menjadikan diri anda dihormati, malah anda akan menyebabkan secara tidak langsung anda menghormati orang lain seperti tidak membuang masa orang lain, prihatin, mengambil berat dan tidak sombong. Kuasai diri anda kerana “Manusia tanpa watak pemutus tidak akan dapat memiliki dirinya selamanya… Dia dimiliki oleh mana-mana keadaan yang menguasainya.” Memetik kata Plato, “Kemenangan pertama dan terbaik ialah menguasai dan menakluk diri anda.”

No comments:
Post a Comment