Sunday, February 18, 2007

TOLONG-MENOLONG

Saya sedang merancang untuk menulis beberapa buku lagi untuk 2007. Mungkin dalam 2 atau 4 title lagi. Cuma buat masa sekarang, saya sedang memikirkan tajuk sesuai dan relevan dengan kehendak pembaca masa kini. Berikut adalah cadangan tajuk-tajuk yang bakal saya tulis dan saya mengharapkan bantuan anda untuk memilih dan memberi pandangan;

1. Resipi Kejayaan Teknik Mempengaruhi
2. Resipi Kejayaan Ucapan Berkuasa
3. Resipi Kejayaan Seni Berunding
4. Resipi Kejayaan Aktivis Mahasiswa
5. Resipi Kejayaan Personaliti Da Bomb!

Sila kemukakan pandangan dan pilihan anda pada ruangan komen yang disediakan di bawah entri ini. Jika memberi idea, pandangan dan pilihan anda berdasarkan senarai tajuk di atas diterima, nama anda akan muncul dalam dedikasi buku yang diterbitkan.

Jika anda ada tajuk lain yang ingin dicadangan juga amat-amat dialukan. Tetapi tertakluk kepada pengetahuan saya dan sumber maklumat.

8 comments:

Zuhail UUM said...

Apakata jika Sdr. Amin menulis tentang RK Personaliti Da Bomb! Dengan melihat gaya tulisan Sdr. Amin dan konsep RK, tidak mustahil jika jualan buku dapat mengatasi buku-buku Naim Jaafar :)

zakuan said...

Kalau tulis tentang skill berucap ok gak. Guna pendekatan lebih fresh khas utk remaja...

Aktivis said...

Amin Idris mempunyai pengalaman luas dalam gerakan mahasiswa. Saya cadangkan Amin Idris nukilkan dalam sebuah buku agar menjadi panduan buat rantaian generasi aktivis mahasiswa negara.

soalhati said...

ana lebih suka kalau abg amin tulis pasal aktivis mahasisiwa dan juga bagaimana seseorang tu boleh terus hidupkan perjuangn dia walaupun dah grad nanti. bukan setakat di kampus....

Amin Idris said...

Hmmm... Banyak juga cadangan dari rakan-rakan. Takper, takper... Kita baca NST... Ops... Takper, takper... Teruskan komen-komen dan cadangan anda. Saya amat mengalu-alukannya.

Setakat ni, ramai yang memilih RK Aktivis Mahasiswa... bagaimana dengan yang lain?

xmate said...

Tajuk lain cdgn saya ialah…Resipi Kejayaan Amin Idris :-)
Mulanya saya hanya terfikir utk satu kelainan namun mungkin ada rasionalnya..

1.pd pendapat saya dgn m’gunakan tajuk ini,anda boleh merangkumkan keseluruhan idea yg terlintas sewaktu anda memikirkan 5 tajuk cdgn tersebut, dan sekiranya buku anda menepati golongan sasaran ianya akan menarik minat dan lebih memberi kesan.
2.saya akui sekiranya anda berpndpt bahawa anda tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan ‘mereka’ di luar sana..namun begitu bagi saya sedikit sebanyak penulisan anda semestinya berdasarkan pengalaman anda sendiri selain daripada mengolah idea sedia ada dengan gaya anda tersendiri..dan bagi saya pengalaman adalah di antara resipi mencapai kejayaan kerana kita akan sentiasa belajar sesuatu yg baru melalui pengalaman.

Namun demikian..mungkin juga belum tiba masanya utk anda menggunakan tajuk tersebut, kerana anda juga bisa memikirkan natijahnya…bergantung pada diri anda…

Berbalik pd 5 tajuk cdgn anda;
Pd hemat saya, tajuk no 1-3 dan 5 adalah agak ‘dah biasa’ pada masa kini..sungguhpun begitu, saya yakin kelainan penampilan buku2 kumpulan anda mampu menarik minat sebahagian golongan pembaca, makanya bergantung pada siapa pembaca sasaran anda dan bagaimana persembahan anda..

Saya tertarik dengan tajuk ke-4 cdgn anda, namun satu persoalan saya…adakah anda benar2 seorang aktivis mahasiswa yg berjaya??

Mungkin ada kewajarannya bg anda utk menulis buku berkisar tentang aktivis mahasiswa..namun bagi saya tidak, utk berada di bawah kumpulan buku2 ‘RK’.

Sekadar pandangan saya, boleh diterima dan disanggah.

Selamat maju jaya!

Amin Idris said...

Wah... best betul komen dari xmate. Saya benar2 menghargai dan pasti menerimanya.

Adakah saya adalah aktivisi mahasiswa yang berjaya? Itu bukan saya yang menilainya, tetapi mereka yang bersama dan melihat saya. Mereka lebih layak membuat pengadilan.

Cuma jika hendak berkongsi kemahiran dan pengalaman, saya percaya saya mampu melakukannya.

Apa pun, saya tetap menanti-nanti dan tidak sabar-sabar membaca komen2 lain dari semua rakan2!

Suria said...

Saya cadangkan abg amin tulis tentang bagaimana menghasilkan x-faktor dari setiap diri manusia!

Saya kagum dengan watak abg amin. walaupun kecil, tapi bila berkomunikasi maka saya dapat merasai x-factor dari diri abg amin.

Amacam? ok tak?