Friday, April 20, 2007

BARU


Thursday, April 19, 2007

BOOOM!!!

MENGAPA ANDA MESTI MEMILIKI BUKU INI?


Setiap hari, setiap masa dan setiap detik, anda pasti akan bergaul dengan orang lain tidak kira siapa mereka. Keadaan ini berlaku dalam kerjaya anda samada di dalam syarikat perniagaan mahupun dalam organisasi persatuan. Dalam keadaan tersebut, anda mesti menonjol dari orang lain, menjadi lebih hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan serta impak kepada orang lain khasnya organisasi anda.

'Peralatan' yang paling sesuai di sini ialah 'Kepemimpinan'. Dengan kuasa 'memimpin', anda boleh bangkit dan menonjol di tengah kehebatan orang ramai, dengan kuasa 'memimpin' juga anda dapat membantu orang lain sekaligus menghasilkan kepuasan hidup yang maksima.

Mungkin selama ini, perkara yang menghantui hidup anda ialah anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda tidak tahu bagaimana untuk membina daya memimpin, anda kekosongan idea untuk membina kualiti diri seorang pemimpin. Atau anda berpengalaman sebagai pemimpin, tetapi anda tidak berpuas hati dengan prestasi anda.

Buku ini mungkin boleh menjadi jawapan dan menghalau 'hantu-hantu' dalam diri anda. Buku ini memberi panduan dan asas kepada anda untuk meningkatkan kualiti memimpin pada diri anda. Malah, buku ini membantu anda dalam segala aspek dalam gaya berbeza dan moden iaitu memahami erti 'kepemimpinan', bagaimana memimpin orang lain, pemimpin yang hebat mengurus dan juga cara untuk mengatasi masalah anda ditenggelami masa. Ditambah pula dengan fakta-fakta santai sebagai rujukan untuk anda menaik tarafkan lagi kualiti daya memimpin anda.


Begitu juga mesyuarat, salah satu aktiviti rutin yang sentiasa berulang-ulang berlaku dalam kerjaya anda ialah mesyuarat. Malah, tidak mustahil jika saya katakan bahawa anda akan berasa ganjil jika dalam sehari atau seminggu anda tidak bermsyuarat. Anda berasa ganjil, janggal dan kurang selesa. Mengapa? Kerana mesyuarat sudah menjadi sebahagian dari agenda penting dalam hidup anda.

Tetapi di kala itu, pernahkah anda berhadapan dengan keadaan bahawa anda sudah muak bermesyuarat? Anda sudah bosan bermesyuarat kerana anda berasa rugi, rugi dan rugi. Rugi kerana membuang masa, membuang duit dan mengerah tenaga dan fikiran dengan sia-sia. Jika ini berlaku atau terlintas walaupu sekali dalam kerjaya anda, ertinya anda mempunyai masalah yang besar. Masalah besar itu ialah ada kemungkinan samada diri anda atau organisasi anda menyalahgunakan mesyuarat.

Sudah tiba masanya anda menghentikan semua itu. Jadikan mesyuarat sebagai sesuatu yang perlu hanya pada masa dan keadaan tertentu sahaja. Jadikan mesyuarat anda tidak lagi meleret-leret, memaksimakan setiap saat dan tidak berlaku terlalu kerap. Malah setiap mesyuarat bakal menghasilkan sesuatu yang produktif dan efektif.


Justeru, percayalah jika anda membuat keputusan memiliki buku ini, sesungguhnya anda telah melakukan satu perkara yang hebat dalam hidup anda. Permulaan yang hebat menjanjikan hasil yang hebat!

Buku ini bakal dilancarkan dalam Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bermula 29 April ini. Dapatkan yang original!

Tuesday, April 17, 2007

MENTOR SUKSES!

Jika melalui blog saya, anda boleh berkongsi dan kita dapat sama-sama belajar tentang skill memimpin yang fresh dan terkini serta teknik komunikasi efektif. Anda kenal Fadzli Yusof? Beliau adalah orang penting dalam RK Training & Management, penulis buku terlaris di Malaysia; 55 Petua Orang Berjaya dsb.

Melalui Fadzli Yusof anda akan dapat belajar melalui penerokaan minda orang berjaya. Untuk berjaya, kita mesti berfikir cara orang berjaya! Jom lawati blog Fadzli Yusof;
MENTOR SUKSES!

P.S: Tolong promote blog Fadzli Yusof sebab saya pun banyak belajar dari beliau.

Sunday, April 15, 2007

ADA APA DENGAN SENYUM

"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.

Senyum... kepada semua,
Senyumanmu amatlah bermakna,
Senyum... membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

Mengapa tiba-tiba hari ini saya menulis tentang senyum? Apa kaitannya antara senyum dengan kepemimpinan? Apa hubungkait antara senyum dan komunikasi?

Dalam salah satu modul
RK Training yang dikendalikan bersama oleh saya, Fadzli Yusof dan Afyan iaitu modul kemahira membina Imej Kendiri ialah senyuman umpama penghubung antara seseorang dengan orang yang lain. Mengapa?

Bayangkan seseorang yang anda geruni sedang menuju pada anda dan tiba-tiba bila dia menghampiri anda, dia memberi salam dan tersenyum. Apa perasaan anda? Lega, gembira, rasa dihargai dan ingin berkomunikasi lanjut.

Bandingkan orang sama yang anda geruni tiba-tiba menghampiri anda dan memberi salam tetapi dengan wajah masam, bengis dan bengang! Perasaan biasanya rasa bertambah gerun, gugup dan mungkin turut rasa bengang! Malah anda akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengannya.

Justeru, sebagai pemimpin... anda harus membiasakan diri anda dengan senyuman. Maka anda akan menjadi orang yang easy going, senang didekati, inclusive dan mempunyai ramai kawan. Bila semakin ramai kawan maka anda berjaya membentuk sebuah empayar persahabatan dan bila ia berlaku, anda akan dapati anda semakin berkuasa. Berkuasa bukan secara individu tetapi secara berpasukan.

Teknik Senyum

Maka di sini saya cuba berkongsi dengan anda teknik bagaimana untuk senyum. Mungkin anda akan tergelak kerana memikirkan anda sudah biasa senyum maka apa perlunya anda belajar senyum? Haaa... pernahkah anda melihat gambar anda senyum tak menjadi? Anda fikir anda dah senyum, tetapi bila anda lihat semula gambar anda... anda tak puas hati. Untuk mengatasi masalah itu, mungkin tips di bawah boleh membantu;

1. Panjang bibir mulut
2. Angkat otot pipi
3. Serlahkan gigi anda (tips tambahan dari buku Executive Charisma)

Anda boleh cuba di hadapan cermin atau di hadapan rakan anda. Percayalah, jika anda murahkan senyuman, kehidupan anda akan terus ceria.

P.S: Teringat pesan Nabi Muhammad bahawa senyuman itu sedekah.

Thursday, April 12, 2007

MEMBINA DAYA MEMIMPIN


Ini adalah video tips membina daya memimpin. Semua isi kandungannya adalah sebahagian kecil dari kandungan buku baru saya yang bakal dilancar pada Pesta Buku Antarabangsa hujung April ini.

Apa definisi memimpin? Bagaimana membina daya memimpin? Apakah sumber kepemimpinan?


Jom tengok video Amin Idris! (Klik di sini)

Monday, April 9, 2007

SIAPA MUSUH UTAMA ANDA?

Spiderman kembali

Saya merupakan salah seorang peminat setiap superhero komik-komik Marvel. Antara superhero yang paling saya minati ialah Spiderman. Watak yang diinspirasikan oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini mempunyai kuasa luarbiasa kerana digigit oleh labah-labah radio aktif dari sebuah makmal sains.

Dalam Spiderman 3 yang bakal ditayangkan pada Mei ini, Spiderman bakal berhadapan dengan 3 musuh iaitu;

1. Green Goblin baru
2. Sandman dan
3. DIRINYA SENDIRI... Venom!

Venom terhasil dari sisi gelap Peter Paker (Spiderman). Ia muncul dan menjadikan uniform Spiderman bertukar menjadi hitam dan memberikan kuasa lebih luar biasa berbanding sebelumnya. Peter Parker kemudian semakin tenggelam dengan sisi gelapnya menyebabkan dia brubah dan menjadi semakin 'kejam'. Peter terpaksa melawan dirinya sendiri dan akhirnya berjaya menanggalkan pakaian hitam Spiderman yang semakin melekat dan sebati di tubuhnya. Pakaian yang terbuang itu kemudian menjadi Venom.

Anda juga mempunyai musuh

Tatkala anda berusaha bermati-matian untuk membina diri, memajukan diri, menjadi orang yang lebih baik... anda pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan itu merupakan musuh anda untuk berubah. Anda boleh menamakan apa jua 'musuh' anda. Jika anda terlewat ke pejabat maka musuh anda adalah trafik jam, jika anda hendak siapkan assignment maka musuh anda adalah komputer rosak, jika anda hendak cemerlang dalam pelajaran maka musuh anda ialah subjek boring, jika anda hendak study maka musuh anda ialah rancangan tv best-best.

Kesemua itu adalah musuh-musuh luaran sepertimana musuh Spiderman iaitu Goblin dan Sandman. Tetapi ada satu lagi musuh yang merupakan musuh utama anda ialah; DIRI ANDA SENDIRI!

Anda boleh mengatasi trafik jam jika sikap anda tidak melengahkan masa dan bertolak awal. Walau komputer rosak, anda boleh pinjam komputer orang lain jika anda menyiapkan awal. Anda menganggap subjek pelajaran boring kerana anda tidak mempunyai 'rasa ingin tahu' dalam pelajaran dan berkobar-kobar menempuh jalan untuk mencapai matlamat. Anda tidak akan hanyut dengan rancangan tv jika anda sendiri tidak memilih untuk leka dengan tv. Semuanya bermula dari DIRI ANDA SENDIRI!

Sebab itulah, jika anda berjaya menguasai diri anda, anda mampu menguasai segalanya. Take control of yourself, your life and keep on sharpen the saw!

Friday, April 6, 2007

MAULIDUR RASUL


Tepat jam 6.45 pagi hari ini, saya turun dari rumah dan mengharungi kesesakan lalu lintas untuk ke Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 bagi menyampaikan ceramah Birthday Pemimpin Agung; Muhammad SAW pada jam 8 pagi.


Tamat selesai di sana, saya bergegas ke Sekolah Rendah Agama al-Ummah juga bagi menyampaikan ceramah di atas tajuk yang sama.

Tamat jam 11.45 pagi, saya berehat sekejap dalam kereta sambil membuat draf buku ke-7 saya untuk 2007 dan membuat sedikit rangka persiapan untuk ceramah seterusnya di SMK Sg. Kertas selepas solat Jumaat. Ceramah di sana bermula jam 3 hingga 4.30 petang.

Wow... sungguh penat menggunakan suara dan memerah otak hari ini. Walaupun saya penat, saya gembira dan seronok. Seronok kerana dapat berkongsi secebis ilmu dan dikaitkan antara sirah kelahiran nabi dengan realiti kehidupan kanak-kanak dan remaja, seronok kerana dapat melihat wajah-wajah ceria pencorak dan pendokong masa depan ummah, seronok kerana saya bertekad untuk terus memberi dan memberi... Saya teringat kata-kata sahabat saya, Ust. Abdul Razak yang membuatkan saya tidak merasa rugi jika saya terus memberi dan membantu orang lain;

"Di tengah kesibukan membantu adik-adik di sekolah-sekolah memang menyebabkan kita terlalu sibuk sehingga kurang masa untuk adik sendiri. Tetapi ana (saya) percaya, Allah akan membalas dengan cara orang lain juga akan membantu adik-adik ana (saya) sepertimana ana membantu adik-adik sekolah selama ini."



Wajah adik-adik kecil SRA al-Ummah. Cute bukan?

Adik-adik SK Jalan Pasar... mereka perlu dibentuk dan dididik agar bersedia menghadapi cabaran dunia dan berupaya menjadi pencetus kepda gelombang perubahan.

Sepanjang ceramah-ceramah yang saya sampaikan, saya menggunakan beberapa teknik untuk menarik perhatian semua audience di kalangan adik-adik iaitu;

1. Imej dan penampilan;
Saya memakai baju Melayu (warna cerah; kuning) tetapi tidak berkopiah, berkasut hitam sentiasa murah dengan senyum.

2. Fakta ringan dan memudahkan
Saya tidak menggunakan fakta-fakta berat dalam menceritakan kisah kelahiran nabi. Malah fakta-fakta yang saya kemukakan dipermudahkan melalui bahasa mudah dan contoh yang dekat dengan kehidupan harian audiens (i.e; kartun, watak superhero)

3. Keistimewaan tambahan
Saya selitkan dengan nyanyian (nasyid dan bukan nasyid) dan cerita-cerita lawak tepi untuk memberi nilai tambah kepada ceramah saya.

4. Intonasi dan nada suara
Ceramah terhadap lebih 200 crowd memerlukan stamina yang konsisten kerana kerap menggunakan nada dan intonasi tinggi. Ia penting agar suara saya tidak tenggelam memandangkan saya berceramah di dewan terbuka.

5. Kesimpulan dan Penutup Bermakna
Di akhir ceramah, saya sempat memberi 5 kesimpulan mudah sebagai tindakan susulan untuk para pendengar. Kesimpulan yang dilakukan secara emosi semangat dan sedih berupa kaitan dengan rutin harian adik-adik agar ceramah yang disampaikan akan lebih efektif kerana berkait dengan realiti hidup adik-adik secara langsung.


Salah satu babak dalam rancangan khas sempena Hari Keputraan Sultan Kelantan pada 3 April 2007 lalu. (Sekadar gambar hiasan)

Tuesday, April 3, 2007

ASAS MENGURUS ORGANISASI

Setiap organisasi mempunyai anggota asas sepertimana gambarajah di atas. Tidak kira apa jua jenis organisasi anda, biasnya ia mengandungi Ahli Majlis Tertinggi (dari Presiden hingga Bendahari), Ketua-Ketua Biro dan ahli-ahli jawatankuasa.

Mungkin ada juga istilah yang berbeza seperti Majlis Tertinggi = Lembaga Pengarah, Ketua Biro = Ketua Jabatan, AJK = Staff. Yang pasti, peranan dan tugas mereka sama sepertimana gambaraja berikut.

Apa jua tugas di dalam organisasi, asasnya terbahagi kepada 2 iaitu

1. Berfikir (merancang, pendekatan menghadapi konflik, cara menyelesai masalah, strategi pemerkasaan organisasi dsb)

2. Bekerja (pelaksanaan, tindakan)

Namun, kadar yang dilakukan oleh setiap anggota organisasi adalah berbeza. Bagi memahami 'kadar' itu, anda boleh dapatkan ulasan lanjut dalam buku saya yang bakal dilancarkan bulan ini sempena Pesta Buku Antarabangsa di KLCC. Nantikan saya akan mengumumkan perincian maklimat majlis tersebut. Adios amigo!!!

Sunday, April 1, 2007

MEMBINA EMPAYAR PERSAHABATAN

Masa dan Tugas

Tatkala saya menulis entri ini, tirai bulan Mac sudah berlambuh bererti bermulanya hari pertama April 2007. Selang beberapa hari juga, saya bakal melangkah masuk ke usia 26 tahun!!! Wah... tidak lama lagi umur saya sudah sehari melebihi suku abad. Sepanjang hidup saya, saya menganggap setiap titik bengit pahit dan manis yang dialami sebagai 'Akademi Kehidupan'. Akademi ini banyak mengajar, mendidik, menyedarkan, melemahkan dan juga memajukan saya.

Semakin hari semakin saya memahami apa yang diwasiatkan oleh seorang tokoh pejuang agama; Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna iaitu salah satunya ialah 'Kewajipan adalah lebih banyak daripada masa'. Sewaktu di sekolah menengah mahupun di universiti suatu ketika dahulu, sangka saya bahawa tanggungjawab dengan tugas-tugas sosial, akademik dan organisasi adalah yang paling sibuk. Namun, al-Hamdulillah, saya dapat memikulnya dengan baik walaupun sibuk 'banget'!

Tetapi tatkala melangkah ke dunia pekerjaan, masa semakin terhad, tugas semakin bertimbun, tanggungjawab semakin bertambah dan bakal bertambah... Jika dahulu mata saya dapat bertahan walaupun jam 3 pagi. Tetapi kini, tatkala jam menunjukkan jam 12.30 malam, badan terlalu penat, mata semakin 'kuyu' dan di fikiran hanya terbayang bantal dan tilam. Pada masa sama, masih banyak tugas dan kerja yang belum selesai.

Sumber kekuatan

Dalam kesibukan yang memenatkan, saya menyedari bahawa terdapat satu sumber yang boleh menjadi inspirasi untuk menjana kekuatan agar terus hidup dan hidup. Pengalaman saya dalam merangka modul untuk konsultan latihan di RK bersama Fadzli Yusif dan Afyan, antara sumber utama untuk membina kewibawaan sebagai seorang pemimpin hebat ialah kuasa SAHABAT!

Ya benar... dengan bersahabat, secara tidak langsung ia membentuk kuasa dalam diri anda. Kuasa untuk menjadi semakin bersemangat, kuasa untuk bangkit tatkala rebah, kuasa untuk mengatasi kelamahan melalui kekuatan orang lain, kuasa kasih dan sayang yang bisa merubah dunia! Malah dengan sahabat, mereka akan meringankan beban tugas di tengah kesempitan masa.

Dalam satu iklan di radio Era, Linda Onn ada menyebut, "Berkasih biar satu, berkawan biar seribu... Jika anda ada kawan, sayangilah dan hubungilah kawan anda sekarang." Dalam erti kata lain, jika anda mahu menjadi pemimpin hebat dalam organisasi anda atau di kalangan rakan anda atau kumpulan anda, jadilah sahabat di kalangan pengikut anda. Letakkan misi peribadi dalam diri anda untuk menambah bilangan sehabat setiap hari sehingga terbina sebuah Empayar Persahabatan.




Sahabat-sahabat perjuangan di kala susah dan senang sejak di matrikulasi.

Antara sahabat-sahabat yang sentiasa setia bersama dan berani menegur jika saya membuat silap semasa memimpin Majlis Perwakilan Matrikulasi UIAM sesi 2000/2001. Dari kiri; Tarmimi (KPLI, Perak), Muhtar (Shell, Sarawak). Effie (Petani moden berjaya), Saya dan Roshayati (Peguam).

3 sekawan... (bukan 3 stooges tau!). Kami rapat sejak di matrikulasi. Insya Allah... sehingga ke titsan darah yang terakhir.