Wednesday, March 28, 2007

GAGAL, GAGAL, GAGAL

Gagal? Kesilapan? Mistake? Failure? Khatta'? Kesemua perkataan itu memberi satu makna dalam kehidupan kita... KEKECEWAAN!

Namun adakah kekecewaan itu satu tanda berakhirnya dunia? Atau runtuhnya jambatan kejayaan? Jawapannya TIDAK sama sekali.

Saya pernah mengharungi detik kecewa kerana kegagalan. Tetapi saya tidak pernah kesal dengan kegagalan itu. Mengapa? Sebabnya hanya satu; kerana kegagalan itu memberi perangsang dan suntikan semangat untuk saya menilai diri, memperbaiki kelemahan dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Saya berpeluang berkongsi sedikit tentang 'bangkit dari kegagalan' khas untuk para pelajar yang telah mengambil keputusan STPM, SPM dan PMR. Sesungguhnya, saya belum mahu lagi mendabik dada sebagai berjaya kerana saya masih dalam 'misi' untuk berjaya. Misi inilah yang saya kongsikan buat anda semua.

Klik di sini untuk tonton video.

Monday, March 26, 2007

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI!

Untuk berubah dan membentuk diri menjadi pemimpin hebat, kita memerlukan idola. Tanpa idola, kita mungkin hilang arah atau ketiadaan punca kerana tiada role model. Tetapi ia tidak bererti sampai kita perlu menjadi orang lain, meniru 100% gaya idola kita. Ini adalah satu silap tanggapan tentang konsep 'idola' atau tokoh dikagumi. Pada pandangan saya, peranan idola adalah sebagai;

1. Sumber inspirasi = Memberi motivasi untuk berjaya
2. Menjadikannya sebagai contoh teladan untuk berjaya

3. Menimba pengalaman dengan mengambil jalan positif yang pernah dilakukannya untuk ke puncak.

Jika anda mencontohi Mahatma Ghandi, tidak bererti anda mesti cakap seperti Ghandi, berjalan seperti Ghandi dan berpakaian seperti Ghandi! Tetapi peranannya sebagai idola ialah mencontohi pendekatannya dalam mendapani musuh melalui kasih sayang, ketabahannya menghadapi cabaran, sikapnya yang tidak tamakkan kuasa, pangkat dan kekayaan, keprihatinannya pada orang lain tanpa mengira agama dan bangsa dan kebijaksanaannya dalam merencanakan sesuatu tindakan. Itulah peranan idola dalam hidup anda.

Justeru, tips penting yang mungkin boleh membantu anda berubah dan memajukan diri ialah ikut kata hati anda, percaya pada kemampuan anda, tahu apa yang anda ingin capai dan yang paling penting... sayangi diri anda dengan menjadi DIRI ANDA SENDIRI! Be yourself!

That's why I love this song so much... Check it out!

STAY DA SAME by Joe McIntyre (Ex-New Kids on the Block)

Don't you ever wish,
You were someone else,
You were meant to be,
The way you are exactly,
Don't you ever say,
You don't like the way you are,
When you learn to love yourself,
You're better off by far,
And I hope you always stay the same,
Cuz there's nothing 'bout you I would change.

I think that you could be,
Whatever you wanted to be,
If you could realize,
All the dreams you have inside,
Don't be afraid,
If you got something to say,
Just open up your heart,
And let it show the way.

Reach down inside,
The love you find,
Will set you free,
Believe in yourself,
You will come alive,
Have faith in what you do,
You'll make it through.

Don't you ever wish,
You were someone else,
You were meant to be,
The way you are exactly,
Don't you ever say,
You don't like the way you are,
When you learn to love yourself,
You're better off by far,
And I hope you'll always stay the same,
Cuz there's nothing 'bout you I would change,
No, there's nothing 'bout you I would change.

ADA MACAM TAKDER, TAKDER LAGI BAIK!

Anda seringkali mendengar, membaca atau bersembang mengenai pemimpin yang berkesan, pemimpin yang efektif, pemimpin yang berpengaruh dan bla bla bla. Pernahkah pula anda mendengar kata-kata orang, "Lebih baik dia takder daripada wujud dan menyusahkan orang!" Ertinya, orang lebih rela anda 'blah' daripada wujud di tengah-tengah mereka.

Dalam erti kata lain, antara ciri pemimpin hebat ialah 'Kehadirannya dirasai dan pemergiannya juga dirasai.' Maksudnya, kehadiran anda membawa 1001 perubahan positif dan ketiadaan anda bukan sahaja dirindui, malah jasa anda dikenang kerana 'legacy' yang ditinggalkan membawa 1001 manfaat abadi kepada organisasi.

Langkah terawal untuk untuk menjadi seorang pemimpin yang dicitakan ialah dengan mengambara ke dalam masa depan. Di mana anda mahu memimpin sebagai seorang pemimpin? Anda sewajarnya melihat kepada masa depan dan membuat pilihan serta keputusan.

Kuasa Imaginasi

Bagaimana untuk melihat masa depan? Bayangkan anda seorang pemimpin sesebuah organisasi tertentu yang bakal mengucapkan selamat tinggal untuk meninggalkan kumpulan yang dipimpin setelah 10 tahun. Apakah kata-kata yang anda harapkan dan bingkisan daripada mereka?

"Dia hebat, tetapi dia tidak pernah mencapai apa yang beliau sepatutnya mampu."

"Dia telah melakukannya dengan baik, namun masih ada yang saya percaya dia mampu lakukan dengan lebih baik."

"Dia pernah membicarakan tentang impiannya dan kemudian menjadi sibuk dengan itu dan ini sehingga saya tidak pasti apa sebenarnya yang diimpikan olehnya. Mungkin dia bisa mencapainya di dalam kumpulannya mendatang."

"Saya menyukainya namun saya tidak merasakan bahawa saya mengenalinya."


Anda telah mengakhiri sesi kepimpinan di dalam organisasi anda, tidak dapat mendengar apa jua perkataan yang menggambarkan diri anda sebagai seorang pemimpin hebat dan ia sebenarnya menghampakan. Anda pasti lebih gemar untuk mendengar bingkisan kata-kata seperti berikut;

"Dia telah memberi peluang kepada saya untuk memahami ideanya dan mengetahui peranan mengikut cara saya tanpa kongkongan tetapi terpandu."

"Dia telah menjadi inspirasi kepada saya untuk mempercayai bahawa saya mampu lebih dari apa yang saya sedari dan memberikan keyakinan untuk melakukannya."

"Idea-ideanya yang punyai inspirasi dan keyakinan serta pada hasilnya adalah apa yang hendak dicapai merupakan pendorong kepada kami untuk berada di belakangnya."

"Perubahan dan idea-idea yang baru tidak pernah lekang dari pemikirannya... dia sentiasa mempunyai gambaran jelas terhadap apa yang ingin dicapainya."

"Dia memang hebat!"


Albert Einstein pernah berkata, "Imaginasi adalah lebih penting diutamakan berbanding ilmu." Tidak salah untuk berimaginasi. Seseorang boleh menggunakan kemampuannya untuk berimaginasi atau mengandaikan situasi masa depan sebelum kita melibatkan orang lain dan diri kita kepada sesuatu. Anda akan dapati ramai ahli-ahli sukan hebat dari seluruh dunia yang telah menggunakan pemikiran masa depan dan visualisasi terhadap apa yang mereka mahukan untuk dicapai sebagai kelengkapan asas untuk bersedia.

Oleh itu, tidak salah untuk anda berimaginasi kerana hanya dengan imaginasi maka anda dapat melihat ke mana dan di mana anda berada pada masa akan datang. Bila arah tuju 'ke mana' anda sudah jelas, jangan berlengah lagi. Terus mara dan terus mara ke hadapan. Jangab berhenti dan berputus asas sehingga anda mencapainya. Di sinilah langkah pertama anda bermula membina legasi bagi organisasi anda.

Jika anda berjaya melakukannya, tahniah, anda sudah memiliki salah satu daripada ciri terpenting kualiti seorang pemimpin hebat!

Sunday, March 25, 2007

JIKA ANDA ADA IMPIAN, LAKUKANNYA SEKARANG!

Ramai orang hendak berjaya. Berjaya dalam akademik, berjaya dalam bisnes, berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Tetapi banyak juga cita-cita yang terkubur kerana tidak bertemu jalan ke arah kejayaan yang diimpikan. Akhirnya, cita-cita hanya tinggal cita-cita, impian hanya tinggal impian.

Antara halangan utama ialah kata-kata dan perlian orang.
"Kau belajar undang-undang bertahun-tahun, lepas grad kau sia-siakan dengan tidak jadi peguam?"

"Carilah kerja yang lebih terjamin. Makan gaji dan kewangan kau akan lebih terjamin. Ramai yang sudah mampu beli kereta dan nak kahwin. Kau kerja sendiri apa ada?"

"Buatlah kerja yang ada kaitan dengan jurusan yang kaum belajar di universiti dulu. Bila makan gaji, kau nak buat loan pun mudah sebab ada slip gaji!"


Apabila saya menonton sebuah filem autobiografi berjudul 'The Pursuit of Happyness' lakonan hebat Will Smith (mungkin agak boring bagi sesetengah orang kerana tiada aksi stunt dsb), saa telah menerima satu inspirasi baru. Inspirasi untuk terus mengejar cita-cita dan impian. Inspirasi untuk mem'pekak'kan telinga demi mencapai cita-cita.

Antara langkah kejayaan yang disebutkan dalam filem tersebut ialah untuk berjaya, anda mesti;

1. Good at numbers and
2. Good to other people


Soal menjadi baik kepada semua orang (good to other people) adalah didikan yang saya terima sejak kecil, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan sehingga sekarang. Dan didikan itu akan saya kongsi buat generasi-generasi mendatang.

Manakala dalam aspek nombor, saya akui saya 'terlalu' lemah dalam menguasainya. Samada dalam peperiksaan (Matematik) mahupun pengurusan kewangan, tiada apa yang boleh saya banggakan. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada bapa saya; Idris Abdullah kerana mengajar saya sejak tingkatan 1 untuk mengurus wang dengan sendiri, abg Ahmad Fadzli Yusof yang mengajar saya tentang membina mentaliti untuk menjadi kaya dan Sdr. Afyan kerana mengajar saya bagaimana untuk prihatian dengan setiap pengurusan kewangan persendirian harian. Itu semua adalah langkah ke arah menjadi 'Good at numbers'.

P.S: Pakdi, thanks kerana menghebahkan kisah 'Pursuit pf Happyness' dalam blog Pakdi.


"Hey... Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. You want something go get it. Period..."

Wednesday, March 21, 2007

BERSAMA FAHDA NUR DAN HANIPA MAIDIN






Minggu lalu saya dijemput untuk mempengerusikan sebuah Talk Show membincangkan isu-isu semasa secara akademik dan neutral bagi sebuah web tv swasta; damaitv.com

Saya sungguh kagum dengan usaha krew Damai TV ini. Mereka tidak meletakkan sebarang kepentingan politik kecuali berhasrat untuk membantu orang lain khasnya rakyat Malaysia.

Say sempat berbual panjang dengan Penerbit iaitu Puan Azlin Hezri atau 'ibu'. Katanya; "Tujuan Damai TV ialah untuk membantu raktay Malaysia melalui diskusi-diskusi ilmiah berkaitan isu semasa, membantu remaja melalui motivasi-motivasi dan hiburan-hiburan bermanfaat."

Tatkala mereka meminta sumbangan tenaga saya untuk menjayakan usaha murni di atas, saya tanpa rasa masalah sudi untuk menjadi sebahgian dari usaha murni Damai TV.

Malah, saya berpeluang untuk berkenalan dan menimba ilmu dari tokoh-tokoh hebat. Panelis Talk Show yang saya pengerusikan adalah Puan Fahda Nur Ahmad Kamar dan Tuan Hj. MOhd Hanipa Maidin.

Puan Fahda pernah dianugerahkan pelajar terbaik UIAM, juara dunia debat antarabangsa, memperolehi PHd dari USA dan kini merupakan antara 'prominent' lawyer dalam bidang litigation di firma Tommy Thomas.

Manakala Tuan Haji Hanipa Maidin juga merupakan antara peguam 'prominent' di Malaysia. Beliau merupakan peguam kepada kes Meor Atiqurrahman dan beberapa kes kontroversi di Malaysia. Mentor beliau adalah peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah.

Pergghh!!! Bayangkan betapa banyak perkara yang telah saya pelajari dari akademi keidupan 2 tokoh hebat tadi...

P.S: Buat Damai TV, moga usaha murni anda berterusan dan menjadi momentum hebat ke arah masyarakat yang sedar, matang dan kaya dengan pengetahuan.

Jom tonton Talk Show oleh Amin Idris!

Monday, March 19, 2007

URUS ORGANISASI?

Bagaimana mereka mendefinisikan Pengurusan Organisasi;

Muhammad A.A. Buraey (Pengurusan Islam); "Menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain."

Robin, Stephen, Coulter, Mary (Management); “The process of coordinating and integrating work activities so that their work activities completed efficiency and effectively with and through other people.”

Yusof Ismail (Mengurus Secara Islam); “MPI (Model pengurusan Islam) dibina berdasarkan prinsip utama Islam. Unsur terpenting ialah Aqidah Tauhid dan Iman. Aqidah Islam akan menentukan matlamat organisasi, perhubungan antara majikan dan pekerja serta lain-lain.”

Bagi memudahkan, apakata saya tentang pengurusan organisasi, 5 substance utama ialah;

1. Pengagihan tugas
2. Penyelarasan gerak kerja
3. Membabitkan tenaga sekumpulan manusia
4. Untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut
5. Mendapatkan hasil yang produktif dan efektif

Saturday, March 17, 2007

KRIS: ANTARA PENAT DAN DAPAT

Syukur pada Tuhan kerana program Kem Remaja Islam 2007 telah melabuh tirai setelah 3 bulan bertungkus lumus bagi menjayakan program seminggu bermula 11 hingga 16 Mac 2007. Kem yang diadakan di Masjid Jami'atul Salehiah, Sg. Tua Baharu dan The Woods Resort, Ulu Yam merupakan program khusus untuk para remaja Selangor bagi mengisi masa cuti sekolah agar bermanfaat dan penuh bermakna.

Bagi saya, jika dinilai pada zahir, hanya 3 perkataan yang boleh saya jelaskan... penat, penat dan penat. Mana taknya, saya diamanahkan untuk merancang dan menyusun modul selama seminggu serta melatih para fasilitator agar dapat memberi pengisian bermakna untuk setiap peserta serama 60 orang. Tetapi, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan segala kepenatan terubat;

1. Kesempatan bertemu Dato' Dr. Hasan Ali

Di Malaysia, selain Dato' Dr. Faddzilah Kamsah yang merupakan antara tokoh terawal di dalam dunia motivasi dan bina insan ialah Dato' Dr. hasan Ali. Sudah sekian lama saya mahu untuk bertemu mata dengannya, melalui program KRIS... impian menjadi kenyataan. Dari pertemuan penuh bersejarah dalam hidup saya, antara butir mutiara yang dapat saya kutip dari beliau ialah, "Untuk melakukan kebaikan, Allah menguji kita dengan pelbagai macam kesusahan. Yang penting ialah kesabaran dan tidak putus asa. Di situ letaknya kemuliaan manusia dan selain anugerah pahala, Allah akan memudahkan rezeki kita dari ruang-ruang yang tidak pernah kita jangka."

Indah sungguh kata-kataya. Dato' Dr. Hasan Ali pernah dan masih menghadapi pelbagai ujian dalam meneruskan niat murninya membantu rakyat Malaysia membentuk keluarga bahagia. Sebelum ini, kem yang dibangunkan beliau telah dibakar dan mengakibatkan kemusnahan beratus-ribu ringgit. Kini, proses membangun semula hampir siap dan menelan belanja lebih 400,000. Beliau juga telah dihalang dari bercakap dalam radio IKIM. Walau apa jua rintangan, saya percaya dengan mentaliti positif yang dimiliki Dato' mampu menghadapi rintangan dan cabaran.

Saya juga mempelajari satu teknik menghargai orang lain melalui Dato'. Ketika fasa menjemput Dato' ke program, apabila kali ketiga saya menghubungi beliau, lantas beliau menjawab, "Oh... ini Amin yang nomnor 017-..... (nombor telefon saya).

Ketika itu saya terkasima kerana seorang tokoh motivasi dan juga ikon politik Malaysia bukan setakat menghafal nama saya, malah mengingati nombor telefon saya. Bukankah anda akan rasa dihargai? Insya Allah, saya akan cuba menggunakan teknik sepertimana Dr. Hasan Ali.

2. Sudut positif dan potensi peserta

Pada hari pertama program, saya menjadi agak pesimis dengan peserta-peserta program. Adik-adik yang hadir adalah berusia dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun. Yang paling menakutkan saya ialah ada yang penagih pil, hisap rokok (dah biasa bagi budak-budak hari ini) dan majoriti menganggap menengking ibu bapa adalah satu kebiasaan.

Dalam hati saya bertanya, mampukah modul-modul saya menjayakan program ini sekaligus mengubah sikap peserta-peserta? Dalam RK, saya mempelajari satu teknik membimbing iaitu mencurahkan 'warna-warna indah' kepada individu yang ingin dibimbing. Dengan bantuan para fasi yang hebat-hebat belaka, pada hari terakhir program, hampir semua peserta menangis-nangis dan memeluk erat ibu bapa mereka, bersalam dan mencium tangan memohon ampun, Saya tatkala melihat kejadian itu hanya mampu mengucapkan syukur dan turut menitis air mata kegembiraan.

Baki lagi ialah tindakan ibu bapa untuk melakukan susulan. Melalui program, kami hanya mampu memberi kesedaran dan memulakan perubahan sikap. Tentang persoalan konsisten, ia terletak pada kehebatan ibu bapa membuat pengisian susulan. Dan saya percaya tips-tips oleh Hasan Ali melalui ceramah kemuncak banyak membantu.

3. Mengenali insan-insan berfikiran positif

Selain dari dapat bertemu rakan-rakan lama seperti Rahim, Hazamin dan Syah (In-Team), berdamai semula dengan sahabat lama, Norazmir Zakaria, dalam program ini juga, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan fasi-fasi hebat, berbakat dan memberi komitmen 150% kepada program. Haidzir (Ketua Fasi), Asri (Kem Komandan), Ishak, Fadzli, Firdaus, Asma', Hariati, Fadzilah, Sabrina dan MAsturah... anda memang best!!!






Kesimpulannya, walaupun penat... tetapi bila dibandingkan apa yang saya dapat, sudah pasti tiada tanding taranya. Saya percaya, sekiranya kita terus dan tidak putus asa memberi, kita akan memperoleh sesuatu yang bernilai, tidak mampu diukur dengan wang ringgit dan kepuasan hidup. Malah, saya akan terus belajar, belajar dan belajar dalam akademi kehidupan.

Terima kasih semua. I love you all!!!

Baca:
Kuasa memberi oleh Fadzli Yusof

Thursday, March 15, 2007

WEB RK TRAINING; CHECK IT OUT!!!

Di sini ingin saya memngumumkan bahawa web RK Training telah berwajah baru. Kali ini, melalui web RK anda akan;

1. Mengenali siapa di sebalik RK Training & Management
2. Mengetahui modul-modul yang ditawarkan dan buku-buku oleh RK Training & Management
3. Mengetahui aktiviti RK setiap bulan
4. Menghubuingi RK secara online untuk sebarang jemputan program
5. Mendapatkan respon orang ramai tentang RK
6. Download video motivasi dari Fadzli Yusof
7. Peserta dan guru yang mengikuti program RK dapat download gambar sepanjang program.

Nantikan kejutan seterusnya dari RK Training & Management. Kami menggilap potensi, anda mengecap prestasi!

Layari web
RK Training sekarang!

Sunday, March 11, 2007

SEPETANG BERSAMA FADZLI YUSOF DAN AMIN IDRIS

Tarikh: 10 Mac 2007
Hari: Sabtu
Masa: 2.30pm hingga 4.30pm
Tempat: SACC, Shah Alam

Saya memulakan bicara. Dimulakan dengan pembukaan bahawa setiap orang didunia ini mahukan kejayaan. Tiada sesiapa pun berhak untuk menghalang sesiapa untuk berjaya. Kejayaan adalah hak setiap manusia di dunia. Samada kita mampu untuk menggenggam kejayaan atau tidak, ia bergantung kepada kemahuan yang tindakan kita yang melayakkan kita untuk memiliki kejayaan. Saya turut menekankan tips-tips kepimpinan remaja, bagaimana dengan menguasai kemahiran memimpin boleh mengubah kehidupan seseorang dan apa gunanya kualiti kepemimpinan kepada para remaja dalam menitit cabaran hidup.



Giliran Fadzli Yusof menyampaikan ceramahnya bertajuk '5 Tips Kejayaan'. Beliau juga mengupas sedikit kandungan bukunya yang paling laris (kini sudah 50,000 naskhah terjual) iaitu '55 Petua Orang Berjaya. Beliau menyatakan, mungkin akan ada orang mempertikaikan siapa Ahmad Fadzli Yusof untuk mengajar orang berjaya sedangkan dia masih muda. Fadzli Yusof menegaskan bahawa bukunya sebenarnya mengumpulkan tips-tips tokoh-tokoh yang telah berjaya dan dibukukan dengan konsep yang mudah dan menarik.

Dalam proses menulis buku tyersebut, ia juga mengajar dan memberi pengalaman yang amat berharga dalam meniti tangga kejayaan.




Terima kasih PTS dan MPH atas peluang yang diberikan. Buat Nisak and the gang... thanks kerana belanja Pizza Hut! Hehehe

Thursday, March 8, 2007

UMUR BUKAN PENGHALANG


Hari ini, saya bersama rakan-rakan RK; Abg Ahmad Fadzli, Sdr. Afyan dan Sdr. Hafiz telah turun ke SMK Pandan Mewah bagi menganjurkan Kursus Kepimpinan untuk Pengawas dan Ketua Tingkatan SMK Pandan Mewah. Program tersebut dihadiri seramai 203 orang pelajar dari seluruh tingkatan. Program selama sehari ini memang best terutama sekali para peserta yang bersemangat, penuh dedikasi dan memberi kerjasama 120% kepada team RK. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Cikgu Stanley keranasudi menjemput dan memberi peluang kepada RK turun membantu para pemimpin di SMK Pandan Mewah.

Cuma apa yang lebih mengagumkan ialah Ketua dan Penolong Ketua Pelajar sekolah ini. Mengapa tidak? Jika biasanya rata-rata sekolah melantik Ketua Pelajar di kalangan pelajar tingkatan 6 atau tingkatan 5, tetapi keadaannya berbeza di sekolah ini.

Wow!!! SMK Pandan Mewah elah mengambil satu langkah yang menarik dan unik dengan melantik pelajar TINGKATAN 3 sebagai Ketua dan Penolong Ketua Pelajar. Lebih menarik, Ketua Pelajar merupakan seorang pelajar perempuan! Mungkin isu pelajar perempuan sebagai Ketua Pelajar adalah isu biasa, tetapi bila dikira faktor usianya yang baru mencecah 15 tahun, ini merupakan satu kehebatan luarbiasa baginya!

Nadiah Shahira, apabila ditanya sejauhmana program RK dan modul-modul yang diikuti dapat membantu daya kepemimpinannya, beliau menjawab, "Mesej utama dari RK iaitu untuk menjadi pemimpin hebat melalui kuasa prihatin, bersangka baik, berkasih sayang, menjadi sahabat dan membimbing merupakan elemen yang amat penting untuk membantu saya menjalankan tugas terutama sekali apabila berurusan dengan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang pasti lebih tua dari saya."

Penolong Ketua Pelajar pula, Sdr. Vicky atau nama penuhnya Vikneshwaran menyatakan, "Program hari menyebabkan saya rasa tiada lagi halangan antara saya dengan rakan-rakan pengawas yang lain terutama yang berbangsa Melayu dan Cina. Saya pasti akan mengaplikasikan budaya ini kepada pelajar-pelajar lain."

Bagi saya, benarlah kata pepatah Ingeris, "A leader is not borned, but a leader is made." Saya juga tidak menafikan memang wujud manusia yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin, tetapi secara dominan... pemimpin dibentuk dan dilatih. Sepertimana kata Maxwell dalam bukunya, '21 Irrefutable Laws of Leadership' bahawa kepemimpinan adalah PROSES.

Kebanyakan kita salah faham bahawa pemimpin mesti memberi arahan, menghukum pengikut yang melakukan kesalahan, memarahi pengikut yang melanggar peraturan dsb. Walhal, pemimpin sebenar ialah mereka yang memberi dorongan, memberi inspirasi, membimbing, mempengaruhi sekaligus tidak memaksa-maksa. Pengikut akan mengikut pemimpin atas rasa sedar dan mereka tahu mereka perlu lakukan sesuatu arahan dengan perasaan rela, bukan terpaksa. Dengan ini, tidak kira apa jua usia seseorang pemimpin, ia tidak menjadi halangan.

Saya percaya Nadiah dan Vicky sedang berada dalam perjalanan atau landasan proses ke arah menjadi pemimpin yang hebat pada masa depan. Mereka bakal menjadi pemimpin remaja yang akan membantu remaja lain menjadi lebih baik dan menyedari hak serta kemampuan sebenar mereka untuk berjaya!


Bergambar kenangan. Dari kiri; Ahmad Fadzli, Vicky, Nadia dan saya :)

13 Mac ini, RK akan bertandang bersama pelajar-pelajar SMK (P) Jalan Ipoh. Tak sabar rasanya!

Sunday, March 4, 2007

GAYA BERFIKIR

Gaya berfikir banyak mempengaruhi cara bertindak dan rentak hidup seseorang. Seperti kata pepatah, "Seseorang itu adalah sepertimana yang difikirkan. Oleh itu, berfikirlah seperti JUARA." Begitu juga lagu lama yang pernah popular di televisyen;

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampiri melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Fikirkan BOLEH!


Cara berfikir juga mencorakkan mentaliti seseorang sekaligus membezakan antara sesama manusia mahupun sesama bangsa, kaum dan agama. Sebab itu, ada bangsa yang hebat dalam ekonomi, ada bangsa yang malas, ada bangsa yang dianggap golongan kelas ketiga. Puncanya hanya kerana mentaliti yang menatijahkan gaya hidup dan tidak mustahil nasib sesuatu bangsa.

Sebagai analogi, lebih mudah saya menggunakan contoh dunia artis sebagai contoh untuk memperjelaskan kenyataan saya di atas. Cuba anda perhati dan kenal pasti apakah perbezaan antara beberapa artis kelahiran rancangan realiti tv dari 2 bangsa berbeza;

Jaclyn Victor
1. Juara Malaysian Idol musim pertama
2. Lagu pertama nyayian beliau; Gemilang
3. Keterangan lagu; Merupakan lagu motivasi dan memberi inspirasi untuk berjaya
4. Pencapaian semasa: Sudah melahirkan album sendiri, Anugerah Juara Lagu, Juara 8th Asian New Talent Competition dll.
5. Bangsa: Hindu (bukan Melayu)

Suki
1. Juara One in a Million
2. Lagu pertama nyanyian beliau; Berdiri
3. Keterangan lagu; Juga merupakan lagu motivasi agar manusia teguh berdiri untuk berjaya
4. Pencapaian semasa: Menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian menggunakan duit yang dimenanginya (wawancara Malaysia Hari Ini)
5. Bangsa: Cina (juga bukan Melayu)

Pija
1. Juara Mentor
2. Lagu pertama nyanyian beliau: Luka
3. Keterangan lagu; Merupakan lagu ekspresi kekecewaan bercinta, luka kerana kegagalan bercinta.
4. Sanggup berhenti sekolah kerana ingin menumpu kepada karier menyanyi
5. Pencapaian semasa: Belum ada album, penonjolan banyak di siaran Media Prima khasnya TV3 sahaja.

Apa yang ingin saya nyatakan, ini cukup menerangkan beza gaya berfikir atau mentaliti antara bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu. Bangsa Melayu banyak 'bertongkat' dan tidak mempersiapkan diri dengan 'fall back'.

Mungkin ada yang berkata, bagaimana pula dengan Mawi? Dia seorang artis realiti berbangsa Melayu dan dia mampu menjadi jutawan! Bagi saya, Mawi dikategorikan dalam isu berbeza. Mawi merupakan fenomena yang mungkin berlaku 1 dalam 1000, atau mungkin 1 juta.

Oleh yang demikian, perlu kita sedari bahawa mentaliti amat penting dalam menentukan berjaya atau gagal seseorang itu. Memetik temuramah bersama Pengurus baru England; Steve McLaren tatkala ditanya mengenai pengalamannya bekerja bersama Pengurus Man Utd, Sir Alex Fergusan, beliau menjawab, "Bekerja bersama Ferguson memang menakjubkan. Beliau mempunyai mentaliti sentiasa ingin MENANG! Itu yang menyebabkannya menjadi hebat."

Justeru, tidak kira siapa kita samada dari kaum Melayu, Cina atau India... kita semua berhak untuk berjaya. Berjaya dalam pekerjaan, berjaya dalam akademik, berjaya dalam karier, berjaya mengurus dan memimpin organisasi. Ianya bermula dari MENTALITI positif, keinginan untuk menang, yakin boleh, percaya pada keupayaan diri, sentiasa ingin belajar, tidak putus asa! Percayalah, natijahnya, anda akan bertindak dengan sikap-sikap sepertimana yang difikirkan!